
PERPINDAHAN PREMIS
TKM bakal berpindah ke lokasi baharu kepunyaan KKM di Seksyen 1, Jasin. Banyak kerja baikpulih perlu dibuat pada pendawaian, paip air, pembentungan, lantai, tingkap, siling, dinding, pintu, bumbung dan pagar.
Kami amat hargai bantuan kewangan dari anda untuk tujuan ini. Pelepasan Cukai LHDN disediakan untuk sumbangan kewangan.
perpindahan premis
Atas sebab tamat tempoh kontrak penggunaan premis JKR, kami terpaksa berpindah keluar secepat mungkin. Premis alternatif perlu dipersiapkan sebelum berpindah untuk 50 orang pelanggan pemulihan.
Syukor Alhamdulillah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju untuk menyewakan premis alternatif pada kami di Kuarters KKM di Sekysen 1, Jasin.
Premis KKM ini telah ditinggalkan sejak 15 tahun lalu. Ada banyak kerja baikpulih yang perlu dibuat pada pendawaian elektrik, sistem paip air, pembentungan, lantai, tingkap, siling, dinding, pintu, bumbung, pagar dan mengecat.
Kami juga perlu membina dewan terbuka di luar bangunan untuk acara riadah dan latihan seperti persembahan kreatif, lakonan, komedi, gameshow, seni lukis, pidato & komunikasi, ruang diskusi, jamuan harijadi dan lawatan dari luar.
TKM ialah badan bukan kerajaan. sokongan anda amat diperlukan.
sumbangan rm100 keatas mendapat pelepasan cukai.
Maklumat Perbankan Kami:
Penama Akaun : Persatuan Pengasih Malaysia
Nombor Akaun : 554017510469
Bank : Maybank Islamic
Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Individu dan Syarikat
Sumbangan bernilai RM100 ke atas akan menerima surat dan resit rasmi untuk tujuan pelepasan cukai LHDN.
Sejak tahun 1994, Persatuan Pengasih Malaysia telah diwartakan Kementerian Kewangan sebagai persatuan yang dilepascukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Untuk tujuan semakan oleh Penderma dengan LHDN, nombor rujukan pelepasan cukai Persatuan Pengasih Malaysia ialah : LHDN 01/35/42/51/1/179-6.4164