Kenali kami
Teduhan Kasih Melaka (TKM) ialah cawangan Persatuan PENGASIH Malaysia di Melaka. Kami menjalankan program rawatan dan pemulihan serta sokongan lanjutan untuk sesiapa yang terperangkap dengan penagihan bahan.
Program TKM membantu pelanggan perbaiki 5 ciri penting insan iaitu tingkahlaku, corak pemikiran, emosi, kemahiran sosial dan kerohanian.
Usaha secara holistik ini akan membantu mereka menjadi lebih bertanggungjawab di dalam kerjaya, penjagaan kesihatan, perhubungan keluarga, hubungan masyarakat, pencapaian intelek dan wawasan hidup.
TKM mula beroperasi di Melaka sejak tahun 2005 di Melaka Sentral, kemudiannya berpindah ke Kuarters Kerajaan Jalan Kubu dan kini berada di Jasin.
ajk pengasih melaka 2021-2024

pengerusi
Rhazali bin Mohd Jan

timbalan pengerusi
Mohd Faiz bin Zakaria

setiausaha
Syakir bin Shukor

Bendahari
Abdul Rashid bin Rahmat

ajk
Omar bin Ab Manan

ajk
Abdul Latif bin Kassim

ajk
Azreen bin Arham
gambaran aktiviti di tkm
Misi Utama TKM
Membantu pelanggan bangun semula aspek penting kehidupan, iaitu Kesihatan Minda & Jasmani, Gaya Hidup Sihat, Hubungan Keluarga & Masyarakat serta Kemampuan Intelek & Ekonomi.