Perutusan YDP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selamat Datang ke Laman Sesawang Teduhan Kasih Melaka.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan-Nya jua, saya berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata di ruangan ini.

Persatuan PENGASIH Malaysia adalah Badan Bukan Kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan. Falsafah kami adalah, setiap insan mempunyai hak untuk dilindungi daripada kemudaratan akibat penyalahgunaan dadah dan mempunyai pilihan untuk menjalani kehidupan lebih baik.

MISI KAMI adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam pencegahan, rawatan dan pemulihan berlandaskan pendekatan yang berasaskan pembuktian. Manakala, MATLAMAT KAMI adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang memberikan perkhidmatan kompeten & diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa

Mesej kami adalah tentang dadah sebenarnya; menyatakan bahawa penggunaan dadah adalah satu pilihan peribadi & ia boleh dielakkan. Kami berhasrat untuk menyampaikan mesej, bersama mereka & berkongsi kepada sebanyak mungkin anak muda bahawa “Hidup lebih bermakna tanpa dadah”

OBJEKTIF KAMI adalah untuk meningkatkan keupayaan & daya tahan terhadap gejala dadah. Memperkasakan dengan ilmu & kemahiran serta mengamalkan gaya hidup yang positif bebas dari penyalahgunaan dadah.

PERANCANGAN MASA HADAPAN KAMI adalah menjalankan aktiviti pencegahan di sekolah, universiti & anak muda dalam komuniti yang berisiko. Menjalankan aktiviti yang menceriakan (feel Good) dalam mencegah dari menyalahgunakan dadah.

Kami menggunakan pendekatan melalui aktiviti yang menarik, penglibatan bersama serta tertumpu kepada kumpulan secara khusus. Individu yang membuat pilihan dengan bermaklumat dapat mengelakkan diri daripada menyalahgunakan dadah.

Semoga hasrat murni kami menjadi kenyataan dengan sokongan dan bantuan daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat.

Akhir kata, selamat melayari laman sesawang Teduhan Kasih Melaka.

HAJI RAMLI BIN ABD.SAMAD
Presiden (2018-2021)
Persatuan PENGASIH Malaysia.