Inhalan

Inhalan

Inhalan adalah bahan kimia kegunaan harian samada di rumah, komersial atau industri. Ia adalah bahan yang mengandungi kimia yang memberi kesan psikoaktif. Di antara bahan yang kerap disalahgunakan ialah:

Bahan cecair yang mudah larut apabila terdedah seperti gam penampal tayar, gam karpet, thinner untuk cat, penghilang pengilat kuku, marker pen, petrol dan lain-lain lagi.  Bahan-bahan tersebut disalahgunakan dengan menghidu wap/gas tersebut untuk mendapat kesan khayal. Ia digunakan dengan meletakkan bahan tersebut pada kain atau ke dalam bekas plastik, disedut dengan kuat melalui hidung atau mulut.

Penyembur Aerosol seperti aerosol cat jenis semburan, penyembur rambut, pewangi jenis semburan(deodorant) dan lain-lain. Aerosol disalahgunakan dengan menghidu gas yang disembur.  

Bahan gas seperti gas pemetik api, gas memasak, gas peti sejuk, gas anestetik, ether, chloroform, halothane, nitrous oxide N2O) dan lain-lain. Ia disalahgunakan dengan menghidu gas daripada bahan tersebut. 

Bahan Nitrates seperti pewangi bilik,pencuci bahan buatan dari kulit, cecair pewangi dan lain-lain.