Heroine

Heroine

Heroin adalah dadah jenis narkotik yang dihasilkan melalui proses abstrak daripada Morfin. Ia berbentuk ketulan-ketulan kecil, kebiasaannya berwarna unggu, coklat, merah jambu atau kelabu. Heroin juga dikenali sebagai Fit, Ubat, Brown, Pek Hon, Pak Ei dan lain lain.                             Narkotik adalah satu jenis dadah yang asasnya dihasilkan daripada candu, sama seperti Morfin dan Kodein yang digunakan untuk tujuan perubatan dalam mengurangkan kesakitan.                    Heroin juga seperti dadah narkotik lain, apabila digunakan secara berterusan akan mengakibatkan kesan pergantungan dan penagihan yang kronik. Undang-undang di Malaysia mengharamkan pemilikan atau penggunaan dadah jenis Heroin.