Aktiviti

Mobile Entrepreneur

Yusriman Jusoh dengan tekun membaiki motorsikal pelanggan yang dihantar kepadanya. Yusry merupakan salah seorang yang terpilih menyertai Usahawan Mobile Entrepreneur tahun lepas. Bercita-cita untuk memiliki Bengkel Motorsikal sendiri satu masa nanti. U Can Do It Bro, yang penting usaha…

IMG-20190126-WA0056
IMG-20181231-WA0046

Cili Fertigasi

Latif Kasim aka Pak Tip yang meneroka bidang fertigasi cili berselfi bersama tanaman yang diusahakan bersama residen di TKM. Kipidap !!!

                        Tonton Video

 

Mamat Oncall

Mohamad Arshad, memulakan bengkel latihan dan membaiki kereta di TKM pada tahun 2014. Kini beliau telah berjaya mempunyai bilangan pelanggan tetap yang setia dan bengkel kereta tidak pernah putus kereta. Mamat juga mencurahkan ilmu dan pengalamannya kepada residen yang berminat dalam bidang ini. Semoga dipermudahkan urusan Mamat Oncall.

CAR WORKSHOP FROM 2015
IMG-20170922-WA0025

Car Wash

Pusat cuci kereta TKM menawarkan khidmat cuci kereta, cuci enjin, jernihkan headlamp, polish dan sebagainya. Ianya dikendali oleh residen yang terlatih dan berdedikasi.

Kelas Fardhu Ain dan Ceramah Mingguan

Residen di TKM mendapat bimbingan dan tunjukkan ajar dalam bidang agama daripada Ustaz Abd Aziz Jaafar. Ustaz Aziz telah menjadi tenaga pengajar sukarelawan lebih 5 tahun dengan TKM dan masih gigih membimbing kami walau dalam kesibukan masa. Semoga jasa-jasa mu dibalas Allah SWT.

IMG-20190107-WA0201
PIK JASIN CLIENTS/TKM RESIDENTS

Belajar Mengaji

Pada setiap Selasa bermula selepas Isyak hingga jam 10 malam, residen akan dibimbing mengaji Al Quran oleh Ustaz Fauzee, salah seorang tenaga pengajar dari UTEM. Ustaz Fauzee juga merupakan sukarelawan dengan TKM dan telah mengajar Iqra’ sejak tahun lepas. Allah SWT sahaja yang akan membalas jasa-jasa ustaz di akhirat nanti.

Support Group

Setiap hari Kumpulan Sokong Bantu akan dijalankan dan penyertaan adalah menjadi kewajipan bagi setiap residen. Sukarelawan yang berkhidmat akan secara bergilir-gilir mengendalikan sesi tersebut dengan tajuk yang khusus dalam penghidupan seharian.

IMG-20180316-WA0184