Berita@TKM

Lawatan Pengarah AADK Melaka yang baru- 14/05/2019

Hari ini TKM dikunjungi oleh pegawai-pegawai AADK daripada Negeri dan juga Daerah. Mereka diketuai oleh Pengarah AADK Negeri Melaka yang baru Encik Nazir bin Mohamad dan diiringi Puan Siti Aminah Ketua Daerah Jasin. 

Pameran Sempena Minggu Anti Dadah UITM Lendu- 22/04/2019

PENGASIH Melaka turut sama dalam program Minggu Anti Dadah UiTM Lendu hari ini. Saudara Shahmi, Fadillah dan Muhaimin telah menyumbangkan tenaga dan bakti dalam program tahunan yang dianjurkan itu. Saiful Apek sempat singgah dan berfoto bersama sukarelawan kita. Tahniah !

Israq Mikraj di Surau Al Ihsan, Kg 8, Melaka 2- 07/04/2019

Menyantuni jemputan penduduk dari Rumah Pangsa Al Ihsan, Kg Lapan, Melaka sempena Program Israq Mikraj.

Program Bulanan Bersama Pra Bebas Tiang 2- 05/04/2019

Program bulanan yang TKM sediakan dalam usaha membantu rakan sebaya dari institusi pemulihan berhampiran. Semoga membuahkan hasil. Terima kasih pengurusan Tiang 2 kerana memberi kami peluang.

Pelajar Sem 5 Sains Sosial UCAM - 15/3/2019

 

 

TKM hari ini menerima kunjungan sambil belajar 7 orang pelajar semester 5 Fakulti Sains Sosial dari UCAM yang diketuai oleh Cik Fadzrina Affandi. Mereka disambut oleh Fadllah dan Shahmi yang memberi penerangan tentang TKM dan membawa mereka melawat persekitaran TKM.

Bersama Ketua Psikiatrik Hospital Besar Melaka - 13/3/2019

Hari ini berkesempatan bertemu dengan Dr. Khairuddin bin A. Wahab, Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Besar Melaka. Semoga selepas ini rujukan klien ke wad Psikiatri lebih lancar dan mudah setelah mendapat penerangan dari beliau.

OSCA (Masjid Tanah) - 11/3/2019

Hari ini kami AJK Pengasih Melaka berkesempatan untuk berjumpa dengan Ybhg. Dr. Norsiah Ali, Pakar Perunding Perubatan Keluarga ( Pengkhususan: Perubatan Ketagihan) yang mengetuai One Stop Center for Addiction di Masjid Tanah, Melaka. Walau pertama kali berjumpa, sambutan daripada Dr.Norsiah sangat mesra dan berlanjutan selama 1jam setengah. Banyak info dan idea yang dikongsikan untuk membentuk jalilnan kerjasama di antara pihak jabatan dan Pengasih. TQ Dr.

Kunjungan YDP PENGASIH - 27/2/2019

Presiden PENGASIH yang baru, Tn Haji Ramli Abd Samad telah mengunjungi Negeri Melaka dalam beberapa lawatan kerja, menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan, LPPKN, DFM dan Emeritus Addiction Studies. Walau pun kunjungan ini singkat, tetapi membuka ruang yang positif untuk PENGASIH. YDP turut diiringi oleh Setiausaha Tn Haji Roslan Yahya, sempat singgah ke TKm dan beramah mesra dengan kakitangan dan residen.

Outreach @ CCRC Tiang Dua - 26/2/2019

Program bulanan bersama penghuni di CCRC Tiang Dua pagi ini disempurnakan oleh Omar Manan bersama dengan Zulhamizi Johari. Dengan pengalaman jerit perih semasa melalui proses sebelum bebas daripada cengkaman dadah, mereka berkorban masa dan tenaga tanpa mengharapkan imbuhan. Berkongsi dan memberi motivasi kepada rakan2 sebaya yang masih belum mendapat hidayah Allah. Teruskan Bro! “Do Your Things Right, Everything Else Will Follow”

Outreach @ SMK Bukit Baru 25/2/2019

Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial, TKM meraikan hajat daripada SMK Bukit Baru, Melaka dalam satu program perkongsian pengalaman dan menyalurkan maklumat kepada murid-murid tingkatan 5 tentang bahaya terlibat dalam penagihan. Boboy Sar dan Yusriman (bukan nama sebenar) telah bergandingan dalam sesi tersebut. “You can’t keep it, unless you give it away”

Fertigasi @ Rim Baru 22/2/2019

Sekali gagal, tak semestinya gagal selamanya. Berbekal semangat ingin berjaya, Unit Pertanian TKM yang diketuai oleh Latif Kasim sekali lagi akan mengusahakan tanaman Cili di Rim dengan kerjasama Anak tempatan Rim, Saudara Iman. Kali ini anggaran 6,000 bag akan diusahakan secara bersama. Semoga Allah permudahkan.

Pasukan Bolasepak Piala Presiden Sarawak 11/2/2019

Pasukan Bolasepak (U21) Piala Presiden Sarawak telah datang membuat lawatan muhibah ke TKM pagi ini. Mereka terdiri daripada 37 pemain dan pegawai. Sesi penerangan telah dikendalikan oleh Mr. Boboy bagi pihak TKM

Tahun Baru China 05/2/2019

Sempena cuti Tahun Baru Cina, residen TKM telah ke Nite Safari di Zoo Melaka. Aktiviti ini disertai oleh 25 residen. Hidup lebih ceria tanpa dadah.

Kunjungan Rakan-Rakan TK Sg. Buloh. 02/2/2019

Hari ini TKM menerima kunjungan rakan-rakan daripada TK Sg Buloh. Rombongan di ketuai oleh Tuan Audi Azli, selaku Pengurus Projek. Semoga hubungan di antara kita bertambah akrab.

Hospital Outreach 01/2/2019

Ziarah ahli keluarga TKM yang dirawat di Hospital Besar Melaka. Alhamudillah nampak ceria. Semoga cepat sembuh.

Lawatan Pemeriksaan Bomba Jasin. 30/1/2019

Jabatan Bomba Jasin hari ini membuat lawatan pemeriksaan keselamatan bagi tujuan membaharui lesen JKM. Penguasa Puan Rohaya selaku ketua Zon 1 bersama En. Aziz telah melakukan pemeriksaan diiringi oleh SU TKM En Omar Manan. Semoga berjalan lancar.

Lawatan Sambil Belajar Pelatih CCRC Tiang 2, Melaka. 29/1/2019

Kunjungan sambil belajar daripada pelatih CCRC Tiang 2, Melaka. Seramai 22 pelatih diiringi oleh 3 pegawai telah tiba di TKM tepat Jam 9.00 pagi. Sesi taklimat dan pembentangan diketuai oleh Saudara Omar Mana dibantu oleh Saudara Radzi Rahim, Fadilah Yusoof, Mohd Shahmi. Sementara lawatan di tapak fertigasi telah di terajui oleh Latif Kasim a.k.a. Pak Tip 

Saturday Nite Activity di Dataran MPJ 26/1/2019

Sat. Nite minggu ini, residen telah ke Dataran MPJ untuk bersama meraikan Karnival Mesra Rakyat. Tahniah Faris kerana berani naik ke pentas dan mengambil bahagian.

Sumbangan Ikhlas PDTJ-25/1/2019

Menerima sumbangan dana untuk peralatan sukan daripada DO Jasin, Tuan Zamrud Yahya. Ini juga merupakan kunjungan perpisahan kerana beliau akan berpindah ke Putrajaya. Selamat Maju Jaya Tuan, terima kasih di ataskan kerjasama dan nasihat yang  berikan kepada TKM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *