Bantuan Perpindahan Segera

Teduhan Kasih Melaka (TKM) ialah cawangan Persatuan PENGASIH Malaysia di Melaka. Kami menjalankan program rawatan dan pemulihan serta sokongan lanjutan untuk sesiapa yang terperangkap dengan penagihan bahan.  

TKM mula beroperasi di Melaka sejak tahun 2005 di Melaka Sentral, kemudiannya berpindah ke Kuarters Kerajaan Jalan Kubu dan kini berada di Kuarters JKR, Jalan Melaka, Jasin. Kini kami perlu berpindah lagi. 

Perpindahan Premis

Atas sebab tamat tempoh kontrak penggunaan, TKM terpaksa berpindah keluar dari premis JKR Jalan Melaka selewat-lewatnya bulan Disember 2022. Kami telah mohon ihsan untuk tangguh tarikh keluar kepada bulan Mac, 2023. Premis alternatif perlu dipersiapkan sebelum berpindah untuk 50 orang pelanggan pemulihan.

Bantuan Segera Amat Diperlukan

Syukor Alhamdulillah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju untuk menyewakan premis alternatif pada kami di Kuarters KKM di Sekysen 1, Jasin.  

Premis KKM ini telah ditinggalkan sejak 15 tahun lalu. Ada banyak kerja baikpulih yang perlu dibuat pada pendawaian elektrik, sistem paip air, pembentungan, lantai, tingkap, siling, dinding, pintu, bumbung, pagar dan mengecat. 

Kami juga perlu membina dewan terbuka di luar bangunan untuk acara riadah dan latihan seperti persembahan kreatif, lakonan, komedi, gameshow, seni lukis, pidato & komunikasi, ruang diskusi, jamuan harijadi dan lawatan dari luar.

Anggaran Kos

Anggaran kos baikpulih premis menjangkau RM150,000. Berilah sumbangan seberapa daya anda kepada kami dengan segera. Semoga anda dirahmati Allah dengan limpahan rezeki berganda kerana membantu. 

Maklumat Perbankan Kami:

Penama Akaun : Persatuan Pengasih Malaysia

Nombor Akaun : 554017510469

Bank : Maybank Islamic

Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Individu dan Syarikat

Sumbangan bernilai RM100 ke atas akan menerima surat dan resit rasmi untuk tujuan pelepasan cukai LHDN. 

Sejak tahun 1994, Persatuan Pengasih Malaysia telah diwartakan Kementerian Kewangan sebagai persatuan yang dilepascukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Untuk tujuan semakan oleh Penderma dengan LHDN, nombor rujukan pelepasan cukai Persatuan Pengasih Malaysia ialah : LHDN 01/35/42/51/1/179-6.4164

E-FORM

Leave this field blank
Muat-naik fail jenis jpg, pdf, bmp atau png sahaja
Uploading… (0%)

Fail ini telah dimuatnaik

Jenis fail ini tidak diterima

Saiz fail melebihi had 2MB

Foto Premis Alternatif

Kerja-kerja pembersihan telah bermula. Kini kami memerlukan bantuan kewangan untuk memulakan baikpulih sebelum  perpindahan. Semoga anda yang perihatin mendapat rahmat Allah dan rezeki yang berlipatkali-ganda. Insya’Allah.

Premis Alternatif Seksyen 1, Jasin

Kerja Pembersihan Giat Berjalan

Keadaan Dalam Bangunan